Biografi Amal Clooney

Awal hidup

Amal dilahirkan di Beirut, Lubnan pada 3 Februari 1978. Ayahnya, Ramzi Alam Uddin, berasal dari masyarakat Duruzi kelahiran Baakline[5][6][7][8][9][10] lepasan serta bekas naib presiden American University of Beirut serta memiliki sebuah agensi perwisataan;[11] manakala ibunya Bariaa Miknass merupakan seorang penganut Islam Sunni[12][13] kelahiran Tripoli, utara Lubnan[12][13] bekerja sebagai editor luar negara akhbar al-Hayat.[14]

Keluarganya menyelamatkan diri dari negara tersebut berikutan meletusnya Perang Saudara Lubnan semasa tahun 1980-an, dan mereka menjalani kehidupan baharu mereka di Gerrards Cross, Buckinghamshire.[15]

Pendidikan

Clooney mendapat pendidikannya di Dr Challoner's High School di Little Chalfont, Buckinghamshire. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di St Hugh's College, Oxford di mana beliau mendapat biasiswa dan anugerah terpuji hasil prestasi baiknya.[16][17] Beliau mendapat ijazah BA dalam bidang kehakiman ("Jurisprudence", setaraf Bachelor of Laws)[18] dari sana pada tahun 2000.[19][20]Beliau memasuki New York University School of Law pada tahun berikutnya.

Kerjaya kehakiman

Beliau diterima masuk sebagai seorang hakim di Bandar Raya New York pada tahun 2002 serta di England dan Wales pada tahun 2010. Beliau menjalani suatu program kekeranian dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Hakim-Hakim Vladlen S. Vereshchetin (Rusia), Nabil Elaraby (Mesir),[21][22] dan Franklin Berman (United Kingdom, secara ad hoc) pada tahun 2004.

Rujukan

WikiPedia: Amal Clooney http://www.albawaba.com/limelight/george-clooney-a... http://www.abcnews.go.com/Entertainment/things-geo... http://www.huffingtonpost.com/Amal-Alamuddin/egypt... http://www.huffingtonpost.com/Amal-Clooney/maldive... http://www.ibtimes.com/george-clooney-girlfriend-r... http://www.imdb.com/name/nm5007802/ http://www.nbcnews.com/news/world/amal-alamuddin-g... http://www.nydailynews.com/entertainment/george-cl... http://people.com/movies/amals-big-40-george-cloon... http://www.people.com/people/article/0,,20791492,0...